SATU video melibatkan sebuah motosikal berkuasa besar di Singapura cuba mengelak daripada merempuh sebuah kereta menjadi viral baru-baru ini.
Video dari kamera dashboard kereta itu menunjukkan penunggang motosikal tersebut cuba mengelak kereta tiba-tiba ke tengah jalan bagi mengelak sebuah treler yang sedang menghimpitnya.
Disebabkan menekan brek secara mengejut, penunggang dan pembonceng malang tersebut ‘terbang’ 180 darjah sebelum tersembam ke jalan raya.
Nasib baik kenderaan lain cepat sedar dan tidak merempuh kedua-dua mangsa yang terbaring cedera disebabkan impak kemalangan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC