Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Militan IS Tawan Bandar...

BAGHDAD - Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa pejuangnya sudah merampas Ramadi pada Ahad...

10 Maut F-16 Terhempas...

MADRID - Lapan anggota tentera Perancis dan dua anggota tentera Greece terbunuh apabila...

Banduan Guna Botol Budu...

KOTA BHARU - Seorang banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini,...

Balasan Siti Kasim Untuk...

SEMAKIN panas kontroversi aktivis masyarakat, Rani Kulup ni nampaknya! Siapa je tak kenal...

Nak Pergi Berperang Ke… Nak Jual Kopi?

CYBERJAYA – Polis merampas sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera yang digunakan sebagai promosi untuk menjual minuman kopi di Jalan Semarak Api, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, polis dari Balai Cyberjaya menjalankan tugas rondaan dan menerima maklumat orang awam mengatakan ada kenderaan trak pelancar roket berkeliaran di kawasan di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pengadu bersama anggota polis kemudian membuat rondaan dan pemerhatian serta menemui kenderaan itu dengan dua pelancar roket di atasnya.

Nak Pergi Berperang Ke... Nak Jual Kopi?

“Pengadu dan anggota menghampiri kenderaan berkenaan serta mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan dan susulan itu, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun ditahan serta dibawa ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.


“Berikutan itu, polis merampas kenderaan berkenaan dan kedua-dua lelaki terbabit diikat jamin semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan. – Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • kopi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori