Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

3 Maut, 26 Cedera...

KUCHING - Tiga yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu di...

Penghantar Barang Bawa Ibu...

TINDAKAN seorang penghantar barang di China mendapat perhatian ramai apabila sanggup bawa ibunya yang...

19,635 Kemalangan Jalan Raya...

KUANTAN - Statistik kemalangan daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan 19,635 daripada 489,606 kes...

Bandaraya Kuching Diisytihar Bandaraya...

KUCHING - Tanggal 1 Ogos ini, bakal menyaksikan sejarah tercipta di Bumi Kenyalang...

Adira Lebih Suka Baju Raya Simple Dari Glamor

JIKA kebanyakan selebriti lain gemar menggayakan baju raya yang bergemerlapan dan glamor sesuai dengan status selebriti mereka, berlainan pula buat penyanyi Adira Suhaimi.

Ini kerana menurutnya, dia lebih suka dan selesa menggayakan pakaian raya yang memudahkannya untuk bergerak selain rekaan simple dan ringkas untuk menyambut kedatangan tetamu ke teratak keluarganya yang terletak di Kundasang, Sabah.

“Saya seorang yang sangat simple, lagi ringkas lagi saya suka.

“Tiap-tiap tahun saya beli baju raya jenis yang senang untuk berjalan, ringan dan sejuk,” katanya yang sudah menyiapkan pakaian sedondon berwarna hijau untuk dipakainya dan suami pada lebaran kali ini.

Tahun ini Adira pertama kali akan beraya dengan status sebagai seorang isteri. Namun memahami kedudukannya sebagai isteri kedua, Adira akan beraya terlebih dahulu bersama keluarganya sebelum suami menyusul selepas beraya dengan isteri pertama.


Bercakap mengenai juadah raya kegemarannya pula, Adira berkata dia tidaklah terlalu cerewet sebaliknya akan makan apa sahaja hidangan raya yang tersedia namun yang pasti air mineral mesti sentiasa ada untuk memastikan dirinya sentiasa bertenaga menyambut kedatangan tetamu yang datang beraya ke rumahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori