Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

MRT2: Pembukaan Fasa 1...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor menyambut baik pembukaan laluan Fasa 1 Perkhidmatan Transit...

Timbang Benarkan Pelajar Universiti...

KERAJAAN dalam proses membenarkan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta...

Pahang Catat 91 Kes...

KUANTAN - Sebanyak 91 kes demam denggi telah direkodkan dalam tempoh sembilan hari...

Penasihat Umum PAN Dakwa...

KUALA LUMPUR - Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang mendakwa beliau...

Nanti Dulu, Basuh Baju Baharu Sebelum Pakai

MUSIM beli pakaian seperti baju Melayu dan baju kurung untuk sambutan Hari Raya memang meletihkan diri. Malah anda juga mungkin sibuk mencari pakaian lain seperti seluar dan baju kemeja untuk anak-anak anda.

Bagaimanapun, jangan terlalu ghairah memakai pakaian yang baru dibeli dari kedai. Pakaian apa sekalipun. Sebaliknya, anda perlu membasuh pakaian baru itu sebelum pertama kali memakainya.

Rupa-rupanya, perbuatan terus memakai pakaian baru tanpa membasuhnya terlebih dahulu mungkin boleh menjejas kesihatan anda, lapor laman berita Metro.uk.

Pakar Pengilangan Pakaian, Lana Hogue ketika menjelaskan perkara itu kepada laman web Elle, terdapat dua sebab utama mengapa anda perlu membasuh pakaian baharu sebelum memakainya.

Pertama, besar kemungkinan terdapat pelbagai jenis kuman yang melekat pada pakaian yang baru dibeli disebabkan proses mencuba pakai, sebelum ia dibeli.

Anda mungkin salah seorang yang mencubanya dan bayangkan berapa ramai orang yang mungkin sudah melakukan perkara yang sama sebelum anda.

A Muslim family walk past makeshift bazaar market selling traditional Malay dress in Singapore, 26 November 2002. Singapore government is considering a further package of relief measures amid signs of faltering economy recovery, senior officials said. AFP PHOTO/Roslan RAHMAN / AFP PHOTO / ROSLAN RAHMAN

Kedua dan yang paling penting, menurut Lana seperti yang dilaporkan laman Metro.uk, setiap pakaian diselaputi dengan bahan-bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan yang serius apabila terkena pada kulit.


Oleh itu, “anda seharusnya basuh pakaian sebelum memakainya. Lebih-lebih lagi apa sahaja yang akan disarungkan pada kulit atau yang akan terkena peluh,” tambah beliau.

“Kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk mewarna kain dan benang bagi memudahkannya diproses menerusi peralatan menenun kain, diketahui boleh (membuat kulit) merengsa.”

Bahan-bahan itulah yang boleh menyebabkan masalah seperti radang kulit, menurut laman Metro.uk lagi.

Lana menjelaskan bahan-bahan kimia seperti resin formaldehyde dan pewarna azo-aniline perlu digunakan sepanjang proses pengilangan, “malah pakaian yang dibuat daripada kapas juga mengandungi bahan kimia”.

Maka, langkah terbaik melindungi diri adalah dengan membasuh pakaian baharu sebelum ia dipakai. Semoga kulit anda tidak terasa gatal sepanjang Syawal ini. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori