Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jamal Yunos Akui Masih...

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, tampil mengakui kini...

Pasangan Kekasih Kantoi Bersetubuh...

AKSI sepasang kekasih kemaruk seks melakukan persetubuhan berlatarbelakangkan panorama indah sebuah taman di...

Ibu Bunuh Anak Sebagai...

BAJA CALIFORNIA, Mexico – Seorang ibu yang tidak berperi kemanusiaan di sini dihukum...

Seorang Lelaki Maut, Paramotor...

MARANG - “Biasanya arwah hanya akan terbang apabila saya berada bersamanya, tetapi kali...

Newt Gingrich Mahu Usir Muslim Yang Patuh Syariah

SELEPAS insiden rempuhan trak di Nice, Perancis yang mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang awam, Konsultan Politik Amerika Syarikat (AS), Newt Gingrich berkata bahawa masanya sudah tiba untuk mengusir Muslim yang berpegang kepada undang-undang syariah keluar daripada negara tersebut.

“Kita sudah boleh mula ‘menguji’ tahap kesetiaan setiap warga AS yang beragama Islam kepada negara ini,” katanya menerusi satu wawancara bersama wartawan Fox News, Sean Hannity.

“Jika mereka percaya kepada sistem perundangan syariah, maka kita perlu lakukan deportasi (penghantaran pulang) untuk mengusir mereka keluar daripada AS,” tambah supremasis kulit putih itu lagi.

Malahan, tindakan melihat laman sesawang yang mempromosikan terorisme juga patut dianggap sebagai satu kesalahan dan boleh dihukum penjara, menurut Gingrich dalam satu kenyataan:

“Syariah tidak bersesuaian dengan peradaban Barat. Kami bangga mempunyai Muslim moden yang tidak lagi percaya kepada undang-undang Syariah sebagai warga AS. Namun, kita perlu bersungguh-sungguh mengenal pasti siapa musuh yang sebenar. Tindakan melayari laman sesawang menyokong ISIS, Al-Qaeda atau kumpulan militan Islam yang lain sepatutnya dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan patut disumbat ke dalam penjara.”

Walaupun identiti dan agama anutan penyerang di Nice, Perancis itu masih belum dikenal pasti, kenyataan Gingrich itu jelas menunjukkan percanggahan yang ketara terhadap Pindaan Pertama dalam dalam dasar pemerintahan AS yang melarang sama sekali campur tangan dalam hak seseorang warganegara untuk mempraktikkan ajaran sesebuah agama.


Ia juga mustahil bagi undang-undang AS yang begitu memelihara hak kebebasan sivil untuk membenarkan tindakan melayari laman sesawang pro-al-Qaeda dijadikan satu kesalahan jenayah.

Ada desas-desus yang mengatakan kenyataan berunsur penindasan ini sebenarnya satu langkah terdesak Gingrich untuk memenangi semula hati Donald Trump selepas timbul spekulasi bahawa Gabenor Indiana, Mike Pence bakal menjadi calon timbalan presiden AS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori