Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Kucing Kena ‘Flush’ Dah...

Susulan penyebaran video seorang lelaki menyeksa seekor kucing dengan memasukkannya ke mangkuk tandas...

19,740 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 terus menurun dengan 19,740 kes direkodkan hari...

Pelajar Mati Dipukul Guru...

TERNATE (Indonesia) - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mati selepas dipukul...

ESSCom Patahkan 7 Cubaan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dapat mematahkan tujuh...

Nik Abduh Bidas MB Selangor Isu Selena Gomez

KUALA LUMPUR – Nikmat suara adalah fitnah ciptaan Allah S.W.T untuk menguji hambanya yang mengaku beriman. Janganlah kerana meminati suara yang merdu maka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Itu penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagi membidas sindiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke atas PAS dalam isu konsert Selena Gomez di Selangor.

“Suara merdu wanita adalah nikmat kehidupan ciptaan Allah S.W.T. Tiada seorang ayah atau suami yang mahukan anak perempuannya atau isterinya bersuara seperti burung kakak tua.

“Kalau ada, dia sebenarnya adalah kakak tua jantan,” sindir beliau pula dalam satu kenyataan media semalam.

PAS Pusat sebelum ini mengemukakan bantahan ke atas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung penganjuran konsert Selena Gomez tetapi bantahan itu dipersendakan oleh Menteri Besarnya.

Malah, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyindir PAS di hadapan pihak media dengan berkata:


“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?Ć¢ā‚¬Ā

Jawapan itu menyebabkan para wartawan terutama wakil media propembangkang tertawa besar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori