Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Masalah Tukar RM...

KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya jemaah haji diminta tidak terpengaruh dengan maklumat...

IPTS Bawah KKLW Diberi...

PUTRAJAYA - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar...

Isu ‘Roti Jala’ Melarat,...

KONTROVERSI membabitkan dua figura yang disegani dalam hal ehwal Islam iaitu Datuk Mohd Kazim Elias...

1,295 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 dengan merekodkan 1,295 kes...

Now Everybody Is Journalist Di Kongsi Berita AlHijrah

Selepas sira The New New Journalism berakhir, muncul gerakan Post Modern Journalism yang merubah kerangka aturan maklumat.

Dominasi integriti dan tafsiran konvensional mengenai istilah berita berubah secara drastik.

Media baharu kini menjadi platform utama intergrasi maklumat. Masyarakat awam memainkan peranan utama sebagai kuasa pencetus dalam gelombang perkongsian maklumat.

Namun ini bukan bererti peranan media konvensional lumpuh sama sekali!

Trend perkongsian maklumat di kalangan pengguna media baharu mencipta fenomena trend viral dan share, juga likes yang kini menjadi ukuran populariti maklumat.

Sekaligus menghapuskan konsep highlight, front page dan headlines.

Menyedari perubahan dalam trend aplikasi maklumat, serta untuk memastikan media konvensional tidak dipinggirkan dan dianggap lapuk dalam era yang menggugah nilai berita konservatif – TV AlHijrah mendahului langkah dengan mengadaptasi trend media baharu dalam aplikasi Berita TV.

Maka lahirlah program Kongsi Berita!

Ia program khas untuk mendokong tema NowEverybodyIsJournalist.

Cuma pemilihan bahan berita berpegang pada prinsip media pada integriti Islam: Maklumat Yang Benar Harus Dikongsi Secara Dinamik.

Kongsi Berita bersiaran setiap Selasa dan Rabu pada pukul 8.30 malam sejurus Berita AlHijrah.

Nyata, Kongsi Berita sejak dilancarkan pada Jun lalu, berjaya mencetuskan fenomena. Program perkongsian aliran berita daripada sumber maklumat real time pada gajet media baharu mendapat respons positif penonton.

Bermula dengan ratusan kiriman visual amatur hasil rakaman gajet semasa, kini Kongsi Berita menjadi platform bagi perkongsian ribuan rakaman visual sensasi dengan maklumat real time dari pengguna.

WhatsApp-Image-20160714 (2)

Kongsi Berita menggunakan formula program TV tetapi meminjam trend media baharu yang kasual dan sangat public oriented.


Penonton boleh menghantar rakaman dan visual ke +601135364896 menerusi aplikasi Whatapps, IG di Kongsi_Berita dan FB di Kongsi Berita Alhijrah.

Kesemua bahan maklumat yang relevan akan pantas dikongsi melalui program Kongsi Berita.

Ini langkah berani untuk menjadikan berita TV relevan dengan kebangkitan aliran baharu maklumat yang dicipta sensasi gajet moden dan intergrasi komunikasi pantas media baharu.

Penonton diraikan mengirim visual dan foto serta maklumat mengenai apa sahaja kejadian yang mempunyai nilai berita yang sejajar dengan tagline Kongsi Berita yang berteraskan pada konsep Islamik.

Maklumat mesti benar dan membawa manfaat pada umat manusia.

Anda wartawan Kongsi Berita. Sila kirimkan visual rakaman anda yang bernilai, benar dan bermanfaat kepada TV AlHijrah.

WhatsApp-Image-20160714 (1)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar: “Kebaikan dan manfaat harus menjadi agenda berita Islam. Setiap laporan yang membawa kebaikan bersama kepada umat mempunyai nilai pada TV AlHijrah.

“Saksikan Kongsi Berita di TV AlHijrah. Namun, yang lebih utama: Kongsi rakaman anda untuk kebaikan bersama,” jelas Izelan lagi.

Tema Bencana Alam, Khabar Kemanusian, Info Amal dan Akhlak serta diagram sosial yang bernilai mulia adalah kandungan utama program Kongsi Berita.

Ayuh! Sebar dan kongsi berita yang bermanfaat bersama Jabatan Berita & Ehwal Semasa TV AlHijrah! -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori