Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KFA Perlu RM27 Juta...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan sebanyak RM27 juta bagi...

Manchester City Belasah Lawan...

MANCHESTER - Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyatakan pendekatan tanpa belas pasukannya ketika...

Keluarga Dr Kanagalingam Terharu...

KUALA LUMPUR - Keluarga bekas Naib Presiden Suruhanjaya Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM)...

N.Sembilan Peruntuk RM6j Baik...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM6 juta untuk membaik pulih dan menaik...

Nurul Izzah Kecewa Pusat Hiburan Diserang Daesh

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kecewa kerana sebuah kelab hiburan Movida di Puchong, Selangor diserang oleh pengganas pada 28 Jun lalu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR cuba menyalahkan kerajaan berhubung insiden itu dengan mendakwa ia berpunca daripada kelompangan sistem keselamatan Malaysia memantau aktiviti militan.

“Dalam sidang Parlimen awal Februari 2016 lalu, saya bertanya mengenai penglibatan anggota keselamatan yang terlibat dengan aktiviti militan dan ISIS/IL (Daesh).

“Menteri menjawab bahawa penglibatan anggota keselamatan adalah dalam keadaan terkawal sedangkan insiden pengeboman kelab di Puchong menunjukkan sebaliknya,” dakwanya dalam satu kenyataan media berbaur politik hari ini.

Polis pada 4 Julai lalu mengesahkan bahawa kejadian letupan bom tangan di sebuah pusat hiburan Movida di Puchong didalangi oleh kumpulan pengganas Daesh.

Beberapa individu yang duduk di bahagian luar pusat hiburan itu cedera kerana terkena letupan bom tangan yang dilempar dua suspek bermotosikal dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi,


Nurul Izzah seterusnya melahirkan rasa kecewa kerana mendakwa Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 sedia ada kurang berkesan memerangi insiden keganasan.

Ironinya, pembentangan POTA 2015 pada sidang Dewan Rakyat pada 7 April lalu ditentang hebat wakil rakyat pembangkang termasuk oleh Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lemban Pantai dengan meminta supaya hampir semua 35 Fasal yang terkandung dalam POTA dipinda.

Rang undang-undang itu bagaimanapun akhirnya berjaya diluluskan tanpa pindaan oleh Parlimen selepas dibahaskan selama lebih 12 jam selepas sembilan undi belah bahagian dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori