Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Kuala Koh:...

GUA MUSANG - Pasukan mencari berjaya mengesan empat mayat Orang Asli suku kaum...

Perlu Miliki Integriti Tinggi...

PARIT - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan siswazah supaya mempunyai...

MH17: Seluruh Negara Bertafakur...

KUALA LUMPUR - Detik masa seakan terhenti hari ini pada pukul 10.54 pagi...

Jangan Terpedaya Nama Kongres...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan cuba mengelirukan orang ramai berhubung penganjuran Kongres Rakyat...

Pakatan Kesal Guan Eng Ditahan Sewaktu Ramadan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggotai Pakatan Harapan kesal kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bulan Ramadan yang mulia ini.

Justeru, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyeru seluruh umat Islam supaya bangkit dan menentang kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan itu.

“Kita dikejutkan dengan penahanan Guan Eng oleh SPRM. Tiba-tiba dalam bulan Ramadan Guan Eng ditangkap dan akan didakwa atas kes rasuah,” katanya dalam nada kesal baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang PAN, Wan Anwar Wan Ibrahim turut melahirkan rasa kesal kerana Guan Eng ditahan di bulan puasa yang penuh keberkatan.

Sehubungan itu, semalam beliau meminta Guan Eng dan ahli keluarganya mengambil semangat bulan Ramadhan untuk memperteguhkan prinsip perjuangan.

“Usahlah tangkapan ini mengganggu fikiran dan mental,” katanya.

Guan Eng yang selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak amanah kini berhadapan dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah selepas siasatan SPRM mempercayai beliau yang sebenarnya tidak amanah dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.


Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori