Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Padah Ancam Bogel Di...

LEWAT petang Jumaat, di sebalik amaran keras pihak polis agar rakyat tidak mempercayai...

Enggan Memori Dilamar Hilang,...

SEORANG wanita berusia 25 tahun bernama Youyou dari Hangzhou City di wilayah Zhejiang,...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung fasa ke-33 di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Dah Jadi Kerajaan Tapi...

AMPANG - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin menyifatkan bayangan 'pelan B'...

PAN Berang Ridhuan Tee Kritik Akronim Amanah

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) berang dengan kritikan yang dilemparkan penceramah agama, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah ke atas penggunaan akronim Amanah oleh PAN.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat mendakwa, kritikan yang dilemparkan oleh Mohd. Ridhuan itu kononnya menunjukkan standard sebenar tokoh agama berkenaan.

“Bila orang panggil nama dia dengan nama yang buruk, dia marah. Tapi dia panggil nama kita dengan nama yang buruk, tak apa. Apa punya standard orang macam ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Ridhuan dalam satu kenyataan menerusi sebuah media mempersoalkan sama ada PAN layak menggunakan akronim Amanah sedangkan ramai yang tidak amanah berada dalam parti itu.

Menurut beliau, kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana meluluskan akronim tersebut untuk PAN.

Ujar beliau, majoriti parti politik dalam negara menggunakan singkatan seperti UMNO, PAS, MIC, MCA, DAP, PKR, SUPP, UPKO, PBB, PBS dan lain-lain yang tidak memakan banyak ruang.


“Alangkah kelakar jika PAS menjadi akronim, Islam; UMNO = Melayu; MIC = India; MCA = Cina; DAP = Action. Dahulu PKR (Parti Keadilan Rakyat) menggunakan perkataan KeAdilan, nasib baiklah selepas itu disebut sebagai PKR.

“Jika tidak, susah juga bersoal jawab sebab bukan semua yang duduk di situ memiliki sifat adil. Sesama sendiri pun berantakan.

“Saya tidak kata PAS dan UMNO semua betul. Tetapi kedua parti ini tidak label diri mereka amanah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori