Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

DAP Yang Sepatutnya Minta...

KUALA LUMPUR - DAP tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain disebabkan keberanian PAS meneruskan...

KPDNKK Rampas Tudung Tiruan...

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas tudung dan selendang tiruan...

Anda Tersalah Hantar Mesej...

PERNAHKAH anda terhantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang sepatutya dituju...

Korea Utara Lepaskan Tembakan...

SEOUL - Korea Utara melepaskan tembakan meriah ketika latihan ketenteraan di sebuah pulau...

PAN Kurang Selesa Seruan Kerjasama PAS, Pakatan

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN) kelihatan kurang selesa dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya PAS kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain.

Naib Presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa memperingatkan semua pihak terutama pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan bahawa PAS yang memusnahkan pembangkang selama ini.

Beliau turut memperingatkan tindakan PAS `menyerang’ Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

“PAS juga menyerang DAP dan mengabaikan ‘amaran’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali supaya tidak bertanding,” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Sehubungan itu, Mujahid menetapkan syarat kepada PAS jika ingin kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.


“PAS mesti mengiktiraf pakatan itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perbincangan, Beliau (Tuan Ibrahim) mesti menghormati PAN sebagai parti komponen untuk menunjukkan keikhlasannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori