Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Terakhir Kes Lemas...

KUALA BERANG - Mayat terakhir kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu...

Kastam KLIA Rampas Syabu...

SEPANG - Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan kegiatan menyeludup dadah jenis...

LAWAK! Ghairah Snapchat Sampai...

MEMANG lawak habis! Sampai terkekeh-kekeh kami ketawa menonton video konvokesyen seorang mahasiswi ini....

Banjir: Hanya 4 Sekolah...

KUALA TERENGGANU - Hanya empat sekolah rendah akan ditutup esok, kata Pengarah Jabatan...

PAS Kutuk Cubaan Gulingkan Kerajaan Turki

KUALA LUMPUR – PAS berdiri teguh bersama rakyat Turki yang telah memilih kerajaannya melalui proses demokrasi yang sah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengutuk sebarang usaha menjatuhkan kerajaan Turki yang telah dipilih melalui proses demokrasi.

“PAS menggesa semua pihak di Turki menghormati dan mendokong proses demokrasi.

“Bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga menimbulkan keadaan huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS menyokong kepimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk memperkukuhkan lagi demokrasi di negara itu.


Katanya, PAS merakamkan ucapan simpati kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi itu termasuk ahli keluarga, pemimpin dan seluruh rakyat Turki.

“PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Turki,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Turki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori