Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kereta Proton Dipandu 640km...

KUALA LUMPUR – Pengembaraan Proton 1-Tank Proton Holdings Bhd di Wilayah Tengah berakhir...

Bicara Kes Saman Khalid...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 28 November...

Ayam Berkaki Unik Jadi...

BAKA ayam unik yang dikenali sebagai ayam Dong Tao menjadi santapan eksklusif di...

Kes Jong-nam Dipindah Ke...

MAHKAMAH Majistret hari ini memerintahkan kes dua tertuduh pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea...

Euro 2016: Kalahkan Poland, Portugal Mara Semi Final

MARSEILLE – Portugal melangkah ke semifinal Piala Eropah 2016 selepas berhempas pulas menumbangkan lawan dari Poland, sebelum seri 1-1 dan perlawanan itu diheret ke sepakan penalti.

Keputusan berakhir dengan Portugal menang 5-3 di Stade Velodrome, Marseille, awal pagi tadi.

Robert Lewandowski membawa Poland mendahului dengan menyumbat gol pada minit kedua namun, Renato Sanches menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-33.

Di masa tambahan, Cristiano Ronaldo mengancam gol Poland pada pada minit ke-92 tetapi masih gagal. Giliran Luis Nani menanduk pada minit ke-99, juga masih tidak boleh menumbangkan gawang Lukazs Fabianski.

Pada 15 minit kedua, Poland bermain lebih ofensif tetapi Pepe juga kian garang memperkuat kubu Portugal. Permainan kekal seri, dengan tiada gol yang dicipta oleh kedua-dua pasukan sebelum diheret ke sepakan penalti.

Senarai pemain mengambil sepakan penalti dan keputusan:


Portugal : Ronaldo (gol), Renato Sanches (gol), Moutinho (gol), Nani (gol), Quaresma (gol)

Poland : Lewandowski (gol), Milik (gol), Glik (gol), Blaszczykowski (gagal)

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori