Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

OPR Dijangka Kekal Pada...

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus...

Sajat Nafi Menyorok Daripada...

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan bersembunyi...

Nyaris Jadi Mangsa Curi,...

ZAMAN sekarang, bermacam-macam taktik serta modus operandi yang digunakan oleh penjenayah demi melunaskan...

1,360 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,360 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah...

Pekerja Ladang Maut Dirempuh Kereta Di Marang

MARANG – Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Mohd Shahrul Annuar Ruslan, 25, terbunuh di lokasi kejadian.

Ketika kejadian remaja lelaki berusia 19 tahun, dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu gagal mengawal kereta Perodua Kembara yang dipandunya hingga merempuh mangsa.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri ASP Ismail Man ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.


Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori