Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anonymous Mula Menyerang

KUALA LUMPUR - Selepas memberi amaran kepada kerajaan Malaysia minggu lalu, penggodam dikenali...

Nak Kahwin Sanggup Merompak

JAKARTA - Satu pasangan kekasih gagal mencapai impian berkahwin selepas ditahan polis kerana...

ASTRO Bodoh Boleh Berhenti...

Nak buat satu permohonan kepada ASTRO dan kalau boleh kepada kementerian-kementerian berkenaan seperti...

Azmin ‘Sindir’ Mahathir Fitnah...

BIMBANG ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad perlekeh mufti dalam isu tragedi Memali dikecam...

Pelaksanaan Pembayaran Tol Di LPT2 Berjalan Lancar

DUNGUN – Pelaksanaan pembayaran tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang bermula hari ini berjalan dengan lancar.

Tinjaun Bernama di Plaza Tol Bukit Besi dan Ajil mendapati operasi di plaza tol tersebut berjalan lancar dan pengguna menyambut baik pelaksanaan pembayaran tol sebanyak 12 sen sekilometer bagi kenderaan kelas satu itu.

Selain papan tanda mengenai kadar bayaran tol dipasang di setiap plaza tol, pihak pengurusan LPT2 turut memasang skrin elektronik di pertengahan lebuh raya bagi memaklumkan mengenai pelaksanaan tol itu.

Seorang pengguna LPT2, Normala Sulaiman, 28, dari Ajil berkata meskipun pelaksanaan tol di lebuh raya tersebut telah bermula, laluan lebuh raya itu tetap menjadi pilihannya yang berulang alik dari Ajil ke Kemaman setiap minggu.

“Saya tinggal di Ajil tetapi bekerja di Kemaman, setiap minggu saya akan pulang dan menggunakan LPT2 ini…saya akan melalui Plaza Tol Bukit Besi sebab jarak dari Ajil ke Bukit Besi lebih dekat iaitu tak sampai 30 kilometer (km).

“Dari Bukit Besi ke Kemaman pula saya akan keluar ke Plaza Tol Kertih dan hanya perlu membayar sebanyak RM6 untuk perjalanan bagi sehala…saya rasa kadar bayaran ini tak terlalu mahal dan masih relevan sebab perjalanan menggunakan lebuh raya ini lebih selesa berbanding jalan lama,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Normala berkata sejak LPT2 dibuka pada 31 Jan tahun lalu, beliau menjadi pengguna tetap lebuh raya berkenaan memandangkan laluan itu dapat menjimatkan masa perjalanannya.

“Kalau dari Ajil ke Kemaman, saya hanya mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke Kemaman menggunakan lebuh raya tetapi kalau guna jalan lama saya akan mengambil masa hampir dua jam…sebab tu saya akan tetap menjadi pengguna LPT2,” katanya yang bekerja sebagai guru.

Bagi Mohamad Azhar Shamsudin, 45, dari Bukit Payong berkata pengguna seharusnya menyambut baik dan menerima pelaksanaan bayaran tol tersebut memandangkan lebuh raya tersebut telah lama dibuka tanpa sebarang caj kepada pengguna.


“Kita harus pandang perkara ini (pembayaran tol) secara positif sebab mana-mana lebuh raya pun kalau dibuat akan dikenakan tol untuk kebaikan kita juga sebab duit tu digunakan untuk pengurusan operasi dan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya ini,” katanya.

Beliau berkata fasiliti di sepanjang lebuh raya itu kini semakin ditingkatkan seperti kesemua hentian Rehat dan Rawat (R&R) telah dibuka, bagaimanapun kerajaan perlu mempercepatkan pembukaan stesen minyak di lebuh raya itu.

“Saya akan tetap menggunakan LPT2 ini sebab memendekkan perjalanan terutamanya kalau dari Terengganu nak ke Kuala Lumpur tidak sampai empat jam dah boleh sampai, kalau guna jalan lama akan makan masa lebih enam jam,” katanya.

Sementara itu, Azlina Ahmad, 27, dari Dungun berkata beliau berharap selepas pelaksanaan kadar bayaran tol dilaksanakan, pihak konsesi akan lebih mengambil berat mengenai keselamatan di lebuh raya berkenaan terutamanya mengenai haiwan ternakan yang kadangkala berkeliaran di lebuh raya tersebut.

Untuk rekod, LPT2 sejauh 184km dari Jabor di Pahang ke Kampung Gemuroh, Terengganu dilengkapi 10 persimpangan bertingkat, tiga R&R serta dua hentian sebelah yang mempunyai kemudahan seperti tandas, kedai makan dan surau.

Kos pembinaan LPT2 yang telah dibuka sejak 31 Jan tahun lalu menelan belanja sebanyak RM1.83 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori