Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

Keluarga Diraja Johor Sumbang...

JOHOR BAHRU: Keluarga Diraja Johor menyumbang lebih RM123 juta bagi membantu rakyat negeri...

Mama Adik Izz PujiĀ Servis...

NUKILAN ini dipetik daripada sebuah blog iaitu ekjozbuluh.com yang menceritakan perkembangan seorang kanak-kanak...

Belum Ada Keperluan Bekalkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menjelaskan belum ada keperluan untuk membekalkan antivenom ular...

Pemandu Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

MIRI – Seorang lelaki maut setelah tercampak keluar daripada kereta dipandunya dalam kemalangan di Jalan Luak di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata ketika kejadian pukul 8.10 pagi itu mangsa, S’ng Yee Siong, 28, yang memandu kereta Proton Saga sedang dalam perjalanan dari Jalan Luak ke bandar raya.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas lalu melanggar tembok jambatan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang besi di tepi jalan,” katanya hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rakaman video kejadian itu oleh seorang saksi wanita yang memuat naiknya ke laman Facebook menunjukkan mangsa sedang memandu di lorong kiri jalan apabila tiba-tiba sebuah motosikal dari lorong kanan memasuki laluan kiri menyebabkan mangsa cuba mengelak sehingga menyebabkan kereta hilang kawalan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori