Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: Peruntukan RM262J...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan...

Banjir Bawa Rezeki Kepada...

KUANTAN - Musim banjir mungkin dianggap bencana kepada kebanyakan penduduk yang terjejas di...

Berenang Seberangi Sungai Sejak...

ALOR GAJAH - Sejak 10 tahun lalu, penduduk Kampung Orang Asli di Kubang...

400 Hilang Tempat Tinggal,...

SANDAKAN: Kira-kira 400 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 90 rumah musnah dalam kebakaran...

Pemandu Porsche GT3 Dan Infiniti Tunjuk Skill Disaman

SEBUAH video pendek berdurasi 1 minit yang dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS memaparkan dua buah kereta dipandu secara laju di sebatang lebuh raya di China viral menerusi laman sosial.

Menurut laman negara tersebut, kereta berkuasa tinggi itu dipandu oleh seorang bekas juara China Touring Car Championship iaitu Zhang Zhendong dan seorang mekanik iaitu Yang Zhenxing.

Kelibat kedua-dua kereta berkuasa tinggi itu yang dipercayai dari jenis Porsche GT3 dan Infiniti dilihat memecut laju di Shanghai Middle Ring Road dengan kelajuan mencecah 187 kilometer sejam.

Pemandu Porsche GT3 Dan Infiniti Tunjuk Skill Disaman

Pemandu Porsche GT3 Dan Infiniti Tunjuk Skill Disaman

Video aksi lagak ngeri kereta berkenaan tersebar melalui laman sosial dan pihak berkuasa tempatan dilaporkan telah menjejak siapakah pemilik kereta tersebut.


Jelas portal tersebut, hasil penyiasatan pihak berkuasa mendapati kereta tersebut tidak dipandu oleh pemiliknya tetapi ditinggalkan di bengkel dimiliki oleh ayah Zhang yang juga merupakan tempat Yang bekerja.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah menahan Zhang dan Yang kerana kesalahan memandu melebihi had laju dan menukar haluan secara bahaya setelah identiti mereka dirakam kamera had laju di lebuh raya tersebut.

Menurut undang-undang jalan raya negara itu, setiap pesalah jalan raya akan dikenakan hukuman denda sebanyak 300 yuan (kira-kira RM181.28) dan ditolak 12 mata dari lesen mereka serta kemungkinan lesen pemanduan si pelaku akan ditarik atau dikenakan penjara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori