Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sokong UNCAC, Kit Siang...

PETALING JAYA : Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Menteri di Jabatan Perdana...

Keberanian Rakyat Turki Selamatkan...

ISTANBUL - Jutaan rakyat Turki membanjiri Jambatan Bosphorus malam tadi sempena ulang tahun...

Pemimpin BN Tidak Boleh...

SUNGAI PETANI - Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak ambil mudah kedudukan...

Negara Perlu IPT Yang...

NIBONG TEBAL - Malaysia memerlukan institusi pengajian tinggi yang lebih fleksibel dan sedia...

Pemimpin DAP Biadap Hina Hari Raya Jadi Bahan Politik

KEPALA BATAS – Setelah gagal hasut rakyat benci Barisan Nasional pada pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru ini, seorang pemimpin DAP cuba bertindak lebih biadap hina masyarakat Melayu.

Ini menyebabkan dua wakil badan bukan kerajaan meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana memuat naik status menerusi akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris), Azman Hassan berkata status Facebook milik Nga memuatkan gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak ketika Hari Raya sebagai bentuk rasuah.

Azman berkata, pemberian duit raya setiap kali Hari Raya Puasa adalah satu amalan warisan tradisi yang mulia kerana dianggap sebagai memberikan sedekah namun perkara itu sengaja dipolitikkan oleh Kor Ming, 43.

“Perbuatan beliau ini jelas menghina dan merendah-rendahkan amalan mulia ketika umat Islam menyambut Aidilfitri,” kata Azman kepada wartawan selepas membuat aduan di sebuah balai polis di sini pada Jumaat.

Katanya, beliau berharap polis akan menyiasat kes itu termasuk pelukis karikatur, pemilik akaun Facebook dan pentadbir laman akaun terbabit yang didakwanya sebagai cuba menghasut rakyat dengan niat berbaur jahat.

Azman berkata pemimpin DAP Perak itu sebagai seorang wakil rakyat sepatutnya lebih sensitif dan tidak pula mengaitkan sambutan Aidilfitri dengan sebarang unsur-unsur politik kepartian pihak lawan tertentu.

“Kami meminta Kor Ming untuk mengeluarkan status karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka khasnya kepada semua umat Islam dalam akaun laman Facebook miliknya itu,” kata beliau lagi.


Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia, Saiful Anuar turut hadir bersama-sama Azman untuk membuat laporan polis dengan sebanyak empat aduan dibuat oleh wakil kedua-dua badan tempatan tersebut.

Menurut mereka lagi, akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming memaparkan satu status yang dimuat naik pada pukul 5.15 petang 6 Julai, dengan bertajuk ‘Hanya di Malaysia bawah UMNO, Selamat Hari Raya’.

Ia mengandungi satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu dengan perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak kelihatan bercakap berikut:

“Tahun ni kami tak mintak duit raya… kami mintak derma…” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Pemimpin DAP Biadap Hina Hari Raya Jadi Bahan Politik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori