Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemecatan Tokoh UMNO Tak...

SEREMBAN - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pemecatan dua veteran UMNO tidak...

Kren Tumbang: Jangan Ambil...

KUALA LUMPUR - Sikap pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan...

Risau Pergaulan Anak, Rita...

BAGAIKAN sudah menjadi trend masa kini bagi golongan selebriti untuk membuka akaun laman...

Polis Terus Lakukan Carian...

KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas...

Pemimpin PKR Bincang Pilihan Raya Mengejut Malam Ini

GEORGE TOWN – Pemimpin-pemimpin PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya dipercayai bagi membincangkan hal-hal politik termasuk kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri I dan anggota Biro Politik PKR, Datuk Rashid Hasnon berkata ia adalah mesyuarat biasa dalam biro politik bagi membincangkan semua perkara politik.

“Saya akan hadiri mesyuarat bersama pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan jika isu pilihan raya mengejut ditimbulkan, saya harap ia sesuatu untuk penambahbaikan dan sebagai opsyen bagi kami melawan Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata parti itu berhasrat menyatukan kumpulan pembangkang untuk berganding bahu melaksanakan idea satu lawan satu dalam plihan raya.

Rashid enggan mengesahkan sama ada isu pilihan raya mengejut termasuk dalam agenda mesyuarat itu yang akan dihadiri oleh presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan setiausaha agung, Rafizi Ramli.


Rata-rata, pilihan raya mengejut itu dilihat sebagai langkah untuk mengesahkan kedudukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran daripada dakwaan rasuah terhadapnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori