Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4,298 Kes Baharu Direkodkan,...

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di negara terus mencatatkan penurunan dengan 4,298...

Kemaluan Penuntut Wanita Ini...

KASIHAN! Seorang penuntut kolej wanita mengalami beberapa lebam di kemaluan selepas bahagian alat...

Kaji Akta Baharu Sekat...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang kaji kemungkinan untuk perkenalkan akta baharu demi sekat aktiviti...

Pemuda PAS Kesal Tindakan...

SHAH ALAM - Pemuda Pas kesal dengan tindakan segelintir golongan anti vaksin yang...

Pemuda Maut Dirempuh Kereta Buat Pusingan U Di Setiu

SETIU – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 70.1, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Permaisuri di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu menyebabkan mangsa Muhammad Shafiq Zaid, 24, meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala, leher, bahu kiri serta beberapa bahagian badan lain.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Honda Civic FD yang datang dari arah Kuala Terengganu membuat pusingan U untuk ke kedai di sebelah kanan jalan.

Sejurus selepas itu mangsa yang datang dari arah bertentangan dikatakan gagal mengelak lalu merempuh pintu sebelah kiri kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun itu.

Ekoran rempuhan itu mangsa yang berasal dari Kampung Banggol, Setiu telah tercampak ke tepi jalan dan mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan lanjut namun disahkan meninggal kira-kira lima minit menerima rawatan di unit kecemasan hospital tersebut.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital yang sama untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori