Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya 50 Sen Untuk...

KUCHING - Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia)...

30 Nama Mulia Sebagai...

DUA bulan lalu, kecoh mengenai: Bagaimana kata Hello mula diucapkan dalam kod perhubungan...

Malaysia Iktiraf Kerajaan Presiden...

RIYADH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa Malaysia mengiktiraf...

Nur Sajat Didenda RM2,700...

SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di...

Pendakwah AS Puji Raja Muda Perlis Dekati Rakyat Miskin

KUALA LUMPUR – Kegiatan berbasikal Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menemui golongan miskin dan daif menerima pujian daripada pendakwah tersohor Amerika Syarikat (AS), Nouman Ali Khan.

Perkara ini terkandung dalam video ceramah Nouman yang dimuat naik oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menerusi laman Facebook beliau.

Nouman disebut telah memuji kaedah Tuanku Syed Faizuddin yang gemar mendekati golongan miskin.

Beberapa individu lain didapati turut memuat naik ceramah Nouman yang memaparkan keterujaan pendakwah berusia 38 tahun itu terhadap amalan berbasikal seorang kerabat diraja Perlis.

Nouman merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Bayyinah Institute yang ditubuhkan sejak 2005 serta merupakan sebuah pusat pengajian Arab dan al-Quran di Texas, AS.

Beliau disenaraikan dalam kelompok 500 tokoh Islam paling berpengaruh dunia oleh the Royal Islamic Strategic Studies Centre of Jordan.

Beliau pernah melawat Perlis tahun lalu bagi menyampaikan syarahan umum di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sejak empat tahun lalu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sering berbasikal bersama para pegawai kanan MAIPs memasuki kampung dan singgah di rumah golongan asnaf.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Ustaz Mohd. Nazim Mohd Noor memberitahu Bernama, sejak awal tahun ini sahaja, kayuhan baginda melalui program ‘MAIPs Peduli’ telah diadakan sebanyak 37 kali dan kira-kira 1,200 orang asnaf telah diberi zakat melalui program itu.

Pada kebiasaanya jelajah berbasikal baginda bermula selepas solat Asar dan berakhir selepas solat Maghrib dengan jarak setiap kayuhan adalah antara 15 hingga 20 kilometer.

Tuanku Syed Faizuddin turut turun mendakati rakyat melalui program ‘Hijrah Minda’.

Antara tokoh lain yang pernah melawat Perlis untuk melihat secara dekat perkembangan Islam di negeri itu ialah Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdelmuhsin Muhammad Al Qosim dan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Oxford, Prof. Dr. Tariq Ramadan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori