Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lima Ditahan, Disyaki Rompak...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya memberkas lima daripada enam suspek yang dipercayai merompak...

Bicara Kes Bapa Dera...

BUTTERWORTH - Mahkamah Majistret di sini menangguhkan perbicaraan kes seorang bapa yang didakwa...

PBT Digesa Pakai Panduan...

SHAH ALAM – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengguna pakai garis panduan...

Patuh Kepada Keputusan Berjemaah...

KUANTAN - Kepemimpinan dan ahli PAS dinasihatkan supaya patuh kepada keputusan yang dibuat...

Pengerusi MyWatch Dibebaskan Tahanan Reman

PENGERUSI Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Sri R Sanjeevan, yang ditahan sejak bulan lalu dilepas dan dibebaskan dari pusat tahanan reman dengan serta-merta.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ini berikutan, Mohamad Syariff membenarkan permohonan Sanjeevan untuk mencabar perintah reman 21 hari, yang dikenakan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (POCA).

Terdahulu, Sanjeevan ditahan bersama pemandunya atas kesalahan ugutan jenayah dan pemerasan.

Polis mengambil tindakan terhadap mereka selepas seorang pengadu membuat laporan polis mendakwa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya melalui Facebook jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000.


Susulan itu, pihak polis menahan mereka selepas pengadu berjumpa dengan suspek untuk menyerahkan wang tunai dalam sebuah kenderaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori