Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Undi 18 Penentu Keputusan...

SABTU lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan...

Tak Nak Pakai Baju...

ADIK Uqasha dan Nelydia Senrose iaitu juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose didakwa...

Empat Pelajar Perempuan Lari...

EMPAT pelajar perempuan dilapor melarikan diri dari asrama sebuah sekolah agama di Kampung...

Baju Raya Che Ta,...

LAGI beberapa hari menyambut bulan Ramadan, pereka fesyen dan selebriti Malaysia sudah pun...

Peniaga Pukul Kakak Sendiri Didenda RM1,000

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga ‘steamboat’ didenda RM1,000 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap kakaknya.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Herman Syah Muslim, 53, kerana mencederakan Yuliarti, 54, dengan memukul dan menumbuk beberapa kali di muka, bahu, kepala serta badan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini, pada 4 petang, 29 Jun lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kejadian di halaman rumah mangsa itu adalah disebabkan keengganan mangsa membayar kos rawatan bapa mereka sebanyak RM2,800 yang dikongsi bersama adik-beradik yang lain.


Peguam Fahmi Adilah yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda ringan kerana anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarganya dan mempunyai tiga anak masih bersekolah.

Katanya kesalahan itu adalah pertama dilakukan tertuduh dan dia juga telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon hukuman setimpal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori