Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Suami Pukul Bini...

TINDAKAN seorang lelaki memukul isterinya menggunakan topi keledar di sebuah restoran mencetuskan kemarahan...

Cari Aktiviti Manfaatkan Luar...

SEREMBAN - Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di...

Kos RM322 Juta Majlis...

NEW DELHI — Ketika rakyat Malaysia kecoh skandal banglo ala Disney dan pelbagai...

Pairin Belum Terima Laporan...

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan belum...

Penuntut Politeknik Arau Maut Langgar Bas Di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Seorang pelajar Politeknik di Arau, Perlis maut selepas motosikalnya dilapor melanggar sebuah bas kilang di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Panchor di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa Mohammad Nazirul Aqwa Ahmad Shukor, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun keluar dari simpang menuju arah Nibong Tebal.

“Tiba-tiba datang motosikal yang ditunggang mangsa yang dari arah bertentangan menuju Jawi lalu melanggar bas itu,” katanya.

Beliau berkata mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah keluarganya di Bandar Baharu, Kedah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.


Dalam perkembangan lain jurucakap polis berkata seorang warga Bangladesh maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta dipersimpangan lampu isyarat di Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Abdullah Ibrahim, 42.

Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori