Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PATI Leka Bungkus Ketum...

KUALA NERANG - Sepuluh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika sedang leka...

Dr Wan Azizah Kunjungi...

BOGOR (Indonesia) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Mayat Lelaki Lemas Ditemukan...

LUMUT - Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan terapung dan tersangkut pada...

Proton Lancar Cawangan 4S...

LUAS... Proton sudah kembangkan lagi jangkauannya di Mesir dengan lancar cawangan 4S baharu...

Perancis Nafi Ada Tebusan Selepas Serangan Trak Di Nice

HARI ini, dunia dikejutkan dengan berita serangan sebuah trak yang merempuh orang ramai ketika sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice, Perancis hingga mengorbankan lebih 77 orang, pada Khamis.

Baca: Trak Rempuh Orang Ramai Di Nice, Perancis, Lebih 70 Maut

Menurut sebuah akhbar Perancis, insiden itu adalah serangan pengganas dan ISIS adalah pihak yang bertanggungjawab. Pun begitu, ISIS masih belum mengesahkan hal tersebut.

Malah, muncul khabar angin menyatakan orang awam telah menjadi tebusan selepas insiden ngeri tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis segera mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat orang tebusan.

“Tidak ada tebusan.

“Seseorang memandu trak merempuh orang ramai. Dan dia telah dibunuh oleh polis.


“Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau jika dia mempunyai rakan yang mungkin telah melarikan diri,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP.

Sementara itu, pasukan penyiasat anti-keganasan telah mengambil alih siasatan ini namun, belum menggesahkan ianya adalah serangan pengganas. – MYNEWSHUB.CC

p;

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori