Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Anjing Di...

KUCHING - Sejak kawasan pertama terjejas wabak rabies diwartakan di Serian, kira-kira 110,000...

Arsenal Tewas, Gerrard Bantu...

ARSENAL tewas kepada Borussia Dortmund 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di...

Apahal Vida? Selalu Taja...

BUKAN dulu dah terkena? Kan dulu mikrofon kena rampas? Kan dulu tengah bercakap...

PATA Travel Mart Bantu...

LANGKAWI - Hampir setahun menjadi anggota Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA), Lembaga Pembangunan Langkawi...

MyKid Siap Dalam Tempoh 2 Jam Di JPN UTC Paya Bunga

BESUT – Orang ramai kini boleh membuat permohonan kad MyKid di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Paya Bunga di Kuala Terengganu.

Pengarah JPN Terengganu, Mohd Nasir Kareem berkata ia merupakan cawangan JPN yang pertama di negeri ini mempunyai kemudahan untuk mendaftar dan mencetak Mykid selain pendaftaran kad pengenalan, kelahiran dan kematian.

“Orang ramai yang membuat pendaftaran bagi kelahiran anak boleh terus mendaftar untuk mendapatkan kad Mykid dan mereka boleh mengambil kad Mykid anak-anak mereka hanya dalam masa dua jam,” katanya kepada media selepas melawat Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Besut di Bangunan Persekutuan Besut, Kampung Raja di sini hari ini.

Mohd Nasir dalam pada itu berharap orang ramai terutama penduduk daerah Kuala Terengganu yang mempunyai urusan berkaitan pendaftaran boleh berurusan di JPN Cawangan UTC berkenaan kerana ia lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan terbaik sejak dibuka pada 26 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nasir meminta pemohon kad pengenalan baharu supaya datang menuntut kad pengenalan mereka yang telah siap, tidak lebih daripada tempoh yang ditetapkan.


Katanya, masih terdapat ramai pemohon kad pengenalan baharu termasuk yang membuat penukaran kad pengenalan kerana hilang, tidak datang menuntut di cawangan-cawangan JPN negeri dengan tanpa sebab.

Beliau menambah kata JPN akan menghantar surat pemberitahuan kepada pemohon terbabit dan menghubungi mereka. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori