Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyatuan Ummah Terus Menerus...

KUALA LUMPUR - Biarpun Barisan Nasional, Muafakat Nasional serta parti-parti lain yang bersahabat...

Ahmad Maslan Tidak Berniat...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul yang dikemukakan Mohd Rafizi...

Menteri Singapura Lawat Terengganu...

SINGAPURA - Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos...

10 Negara Dengan Capaian...

KOREA Selatan diumumkan sebagai negara yang mempunyai capaian Internet terpantas di seluruh dunia...

Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai

KUALA LUMPUR – Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

“Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

“Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Baca: Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua

Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

“Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan ‘Beza’ dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna ‘berbeza’ dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza,” katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.


Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.

Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian — 1.0L dengan transmisi manual dan automatik; 1.3L “Premium X” (transmisi manual dan automatik); dan, 1.3L “Advanced Version” transmisi automatik.

“Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti,” kata Aminar.

Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam — ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori