Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Ditangkap Curi...

SATU rakaman video insiden seorang wanita yang ditangkap akibat mencuri di sebuah pasar raya...

Pegawai 1MDB Akan Beri...

SENDAI (Jepun) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan yang eksekutif...

Polis Rampas Daun Ketum...

KOTA BHARU - Polis merampas 350 kilogram daun ketum bernilai RM10,540 dalam serbuan...

349 Penduduk Baling Dipindahkan...

BALING - Sebanyak 349 orang daripada 87 keluarga di 10 buah kampung sekitar...

Persepsi Terhadap Penguatkuasaan KPDNKK Positif

PUTRAJAYA – Persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semakin berkurangan dalam tempoh setahun ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata persepsi masyarakat terhadap KPDNKK semakin positif sejak beliau menerajui kementerian tersebut setahun lepas.

“Semua (persepsi positif) ini tidak akan dapat dicapai tanpa semangat bekerja dalam satu pasukan yang diamalkan di KPDNKK,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas sempena genap setahun beliau menerajui kementerian berkenaan di sini hari ini.

Hamzah berkata banyak undang-undang yang diluluskan dalam tempoh setahun ini bagi memudahkan proses menjalankan bisnes di dalam negara.

“KPDNKK kini bukan sekadar menjaga harga barang sahaja tetapi antara kementerian bertanggungjawab dalam menentukan rakyat di negara ini hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Ditanya mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang diwartakan pada 7 Jun lepas dan akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos depan, Hamzah menyifatkan akta berkenaan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia berhubung isu keselamatan.

“Masyarakat Malaysia tahu ada satu kumpulan yang membuat penyelidikan dan risikan (berhubung isu keselamatan). Jadi kita boleh hidup dalam keadaan aman,” katanya.


Beliau berkata ancaman keselamatan boleh menyebabkan orang ramai hidup dalam ketakutan selain memberi kesan kepada ekonomi negara apabila sektor pelancongan terjejas kerana perasaan takut untuk melawat Malaysia.

“Malah, rakyat Malaysia sendiri akan takut untuk keluar membeli-belah dan sebagainya,” kata beliau.

RUU MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis 2015 dan Dewan Negara pada 22 Dis 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori