TAIPEI – Derma darah bukan hanya dilakukan oleh manusia malah anjing diberikan tempat khusus untuk menderma darah agar dapat menyelamatkan sesama haiwan najis mughallazah tersebut.
Inisiatif aneh itu diusahakan oleh Pingtung University of Technology and Sciences yang membuka pusat derma darah khusus untuk anjing dapat mendermakan darah mereka.
Klinik-klinik haiwan yang diuruskan oleh universiti di Taiwan itu mula berperanan sebagai pusat derma darah haiwan yang pertama seumpamanya di dunia pada 13 Jun lalu.
Menurut media tempatan, antara penderma tetap di situ ialah seekor anjing bernama ‘Han-han’.
Ia dilahirkan sebagai anjing liar tetapi kini Han-han telah membantu kehidupan anjing yang lain dengan menyumbangkan darahnya di pusat tersebut yang pertama diwujudkan di Taiwan.
“Sama seperti orang yang derma darah, anda tidak tahu kepada siapa darah anda dipindahkan, tetapi anda bersedia melakukannya,” lapor tuan pemilik anjing ini, Lin Hui-Ching, kepada media tempatan.
“Ia mungkin juga memahami bahawa ia telah menyelamatkan banyak nyawa anjing lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC