Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banyak Isu Lebih Penting...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak dalam pakatan pembangkang...

ANAK Hilang Arah Lepas...

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) didakwa gagal berperanan membela...

Wang Sagu Hati Nelayan...

PONTIAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan bekerjasama dengan kerajaan...

Cristiano Ronaldo Pulih Dari...

MILAN - Khabar baik buat pasukan Real Madrid apabila bintang sensasi pasukan itu...

Peruntukan RM400 Juta Atasi Gangguan Air Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang akan ditangani secara berperingkat dengan kerajaan Selangor menyediakan peruntukan kira-kira RM400 juta.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan berkenaan akan digunakan bagi projek penukaran paip lama sepanjang 422km secara berperingkat bermula hari ini sehingga 2019.

Beliau berkata projek oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu adalah antara inisatif untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air akibat paip pecah dan bocor selain memastikan kualiti air dibekalkan sentiasa terjamin.

“Berdasarkan kajian Air Selangor, sebanyak 84 kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan panas atau ‘hotspot’ bagi paip pecah dan bocor.

“Bagi tahun ini, 12 ‘hotspot’ sahaja akan diberi tumpuan bermula dari Taman Melawati,” katanya ketika merasmikan Program Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016, di sini hari ini.

Fasa pertama melibatkan laluan paip sepanjang 59.5 km dengan kos kira-kira RM50 juta dan dijangka siap pada hujung tahun hadapan, kata Azmin.


Kawasan terlibat termasuk Gombak Setia, Bandar Tun Razak, Persiaran Kayangan Shah Alam dan Country Heights, Kajang.

Projek fasa pertama itu bakal memanfaatkan hampir 48,000 pengguna di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Bermula Mac lalu pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bertukar pembekal baharu kepada Air Selangor daripada operator sebelumnya, Syarikat Bekalan Air Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori