Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Duit Ke Hospital,...

PUCHONG - Seorang lelaki kehilangan isteri dan anak yang baharu dilahirkan kerana kesempitan...

Jet Eksekutif Hilang Di...

SANTO DOMINGO, Republik Dominican - Sebuah jet eksekutif dilaporkan hilang selepas berlepas dari...

Video ‘Seliseh’ Papar Keakraban...

BERTEPATAN dengan isu ketegangan antara kaum yang melanda negara kita sejak akhir-akhir ini,...

Mayat Lelaki Myanmar Lemas...

NIBONG TEBAL - Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang terjatuh ke dalam tali...

PI1M Sabah Perlu Dioptimumkan Untuk Perkasa Pengguna

KOTA KINABALU – Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) perlu dioptimumkan bagi membolehkan masyarakat, khususnya di Sabah, mendapat maklumat berhubung bagaimana untuk memperkasakan diri dan keluarga daripada terdedah kepada kandungan Internet yang tidak diingini.

Pengarah Kanan Sokongan dan Capaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Eneng Faridah Iskandar berkata langkah itu wajar berikutan aduan tertinggi daripada kalangan pengguna Internet di negeri ini berkaitan bahan kandungan dalam talian seperti maklumat palsu dan kandungan lucah atau tidak senonoh.

“Pihak SKMM telah melatih para pengurus PI1M, termasuk di Sabah, bagaimana melaksanakan program-program sokongan untuk menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat.

“Memandangkan kebanyakan PI1M di kawasan luar bandar, kami juga berharap golongan ibu bapa mengambil kesempatan (dengan adanya) pusat-pusat ini untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan teknologi digital yang menjadi kegemaran anak-anak sekarang,” katanya kepada Bernama.

Menurut Eneng Faridah, terdapat lebih 80 PI1M di negeri ini yang bukan sahaja membantu masyarakat di negeri ini menggunakan Internet dengan bijak, tetapi juga berperanan sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan komuniti setempat.


Katanya, PI1M juga mampu membantu masyarakat dari segi keusahawanan, khususnya di luar bandar.

“Kami juga mengharapkan maklum balas daripada orang ramai mengenai penggunaan Internet atau kemahiran yang mereka rasakan perlu ditawarkan di PI1M.

“Kami mahu mendekatkan diri dengan lebih ramai pengguna Internet dan mengetahui bagaimana untuk membantu mereka menangani isu Internet yang dihadapi mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori