Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ukraine Minta Lebih Banyak...

KYIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd...

Tiada Jemaah Haji Malaysia...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab...

Ceballos Selamatkan Maruah Real...

SEVILLE - Jaringan pada masa kecederaan menghadiahkan Real Madrid kemenangan pertama La Liga...

Peserta PABM 2017 Teruja...

BERSEMPENA dengan pertandingan berprestij Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2017, para peserta turut...

Pihak Berkuasa Tahan Isteri Santoso

PALU (Indonesia) – Pihak berkuasa Indonesia menangkap seorang wanita dipercayai isteri ketua kumpulan militan Mujahidin Indonesia Timur (MIT), Santoso yang mati dibunuh pada minggu lalu.

Jurucakap polis, Hari Suprapto berkata, wanita itu yang dikenali sebagai Jumiatun Muslim atau Umi Delima ditangkap dalam rondaan di satu kawasan hutan di sini, kelmarin.

Satu pasukan khas keselamatan terserempak dengan wanita terbabit ketika sedang membuat rondaan berhampiran lokasi Santoso ditembak mati pada 18 Julai lalu.

“Pasukan itu melihat seorang wanita berjalan berhampiran Sungai Tambarana dan terus menangkapnya.

“Wanita itu dipercayai isteri Santoso yang berjaya melarikan diri dalam serbuan yang membunuh suaminya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu tidak membawa senjata, tidak melawan atau cuba melarikan diri ketika ditahan.


Menurutnya, wanita itu dibawa ke ibu pejabat polis Sulawesi Tengah dan diberi kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

Wanita itu kini ditahan dan dirawat di sebuah bilik khas di Hospital Polis Bhayangkara. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori