Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Pengambilalihan SPLASH Hangatkan...

SHAH ALAM - Isu pengambilalihan syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn....

Pemimpin Industri Perlu Sebar...

BANGI - Pemimpin industri minyak sawit dan pengguna perlu menyuarakan bahawa mereka menggunakan...

Tampak Anggun, Sofistikated Dengan...

DAHULU pemakai shawl perlu menggunakan banyak pin, kerongsang mahupun jarum peniti untuk lilit...

Bebanan PAN Pecahkan Perpaduan...

KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tanpa berselindung, menyatakan kesediaan parti...

PKR Yakin DAP Tidak Bertindak Secara Unilateral – Azmin

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak akan bertindak secara unilateral dalam membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana DAP perlu mendapatkan persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) sebelum membuat keputusan.

Beliau berkata PKR membuat keputusan Selasa lepas bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dan pendirian itu disampaikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Saya yakin DAP tidak akan bertindak secara unilateral kerana ini adalah prinsip dan semangat kita dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor, di sini hari ini.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila DAP negeri itu menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Lim iaitu mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat negeri itu terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim atau menunggu pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori