WALAUPUN sebelum ini kedengaran ura-ura menyatakan permainan yang menjadi kegilaan ramai, Pokemon Go bakal memasuki Malaysia, namun harapan itu seakan musnah apabila disahkan tiada perancangan lagi untuk memasuki negara-negara di Asia Tenggara.
Pembangun aplikasi permainan Pokemon Go, Niantic Labs melalui media rasmi mereka mengatakan kepada IGN, tiada perancangan (dari segi tarikh) untuk pengenalan permainan berkenaan di negara lain selain beberapa negara yang telah dilancarkan.
“Cerita tentang Pokemon Go yang akan diperkenalkan ke beberapa buah nengara adalah khabar angin,” kata pihak Niantic.
Dikatakan, salah faham mengenai pelancaran Pokemon Go ini berikutan daripada laporan WSJ yang melaporkan permainan ini akan dilancarkan di Jepun pada masa terdekat di mana disalah erti oleh beberapa media sebagai pelancaran secara tidak langsung buat negara-negara Asia yang lain – menjadikan ramai pengguna seluruh negara menantikannya.
Buat masa ini, Pokomen Go telah diperkenalkan di beberapa negara terpilih seperti  di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Jerman pada Android dan iOS sejak 6 Julai lalu.
Pengenalan secara berperingkat ini dilakukan sebagai usaha untuk memastikan pelayan mereka dapat meanpung jumlah pemain yang ramai.
Memandangkan populariti permainan Pokemon Go ini agak tinggi, maka ia mengambil masa yang sedikit lama berbanding kebiasaan supaya mereka dapat menampungnya.
Bagi peminat Pokemon Go yang ingin mendapat notifikasi mengenai pelancaran Pokemon Go di Malaysia atau negara-negara lain, boleh dapatkannya di sini, Is Pokemon Go Available Yet? – MYNEWSHUB.CC