DEMAM Pokemon GO nampaknya mula melanda seluruh dunia, selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 5 Julai lalu.
Ribuan pengguna permainan peranti itu sanggup keluar dari rumah semata untuk menangkap watak maya yang menjadi idaman sejak kecil lagi.
Namun pada waktu yang sama, aplikasi ini turut pernah dijadikan ‘modal’ oleh penjenayah bagi merompak pemain yang lalai.
Empat remaja di Missouri, AS telah ditahan polis kerana menggunakan kelebihan aplikasi itu bagi mengumpan hampir 12 mangsa dalam satu kejadian rompakan bersenjata.
Kini, tiba masanya pihak polis menggunakan aplikasi Pokomen Go sebagai ‘senjata’ bagi menangkap penjenayah yang dikehendaki.
Menerusi laman sosial, pihak polis di Manchester New Hampshire (NH) meletakkan iklan kononnya terdapat Pokomen ‘rare’ di balai polis mereka.
Maka hanya individu tertentu sahaja konon dibenarkan memasuki perkarangan balai bagi menangkap haiwan alam maya itu.
Apa yang sebenarnya ialah, senarai individu ini sebenarnya merupakan senarai nama penjenayah yang dikehendaki oleh Polis Manchester NH.
Jadi apabila mereka tiba ke balai berkenaan, penjenayah akan ditangkap oleh anggota polis secara realiti dan bukannya menggunakan Pokeball realiti maya.
Idea dan taktik pihak polis AS ini mungkin kedengaran agak pelik namun tahukah anda, mereka pernah beberapa kali berjaya mengumpan penjenayah dengan menggunakan taktik ‘serupa’.
Beberapa bulan lalu, balai polis tersebut berjaya menangkap puluhan penjenayah dengan mengumpan penjenayah mengatakan mereka memenagi hadiah berupa wang tunai. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Manchester NH Police