Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Curi Kasut, Bekas Banduan...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas banduan yang baru sebulan dibebaskan dari penjara, didenda...

Wabak Demam Kuning Menular...

RIO DE JANEIRO - Jumlah kes demam kuning mencecah 400 kes di Brazil...

BN Johor Pastikan Calon...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada...

Chong Wei Saman Razif...

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke...

Polis Pahang Perketat Kawalan Keselamatan Semua Balai

KUANTAN – Polis Pahang kini mengambil langkah proaktif memperketat kawalan keselamatan di semua balai dan premis polis di seluruh negeri dalam usaha mengekang sebarang kemungkinan berlaku.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata langkah itu dilaksanakan dengan mewajibkan semua anggota yang menjaga balai pengawal di hadapan pintu masuk utama perlu memakai baju kalis peluru ketika bertugas.

“Ini berkuat kuasa serta-merta demi meningkatkan lagi keselamatan setiap anggota kita sewaktu mereka bertugas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sharifuddin berkata selain itu, pihak polis juga akan mengawal ketat kemasukan kenderaan orang awam dengan cara membuat pemeriksaan rapi terlebih dahulu terhadap setiap kenderaan itu untuk menjamin keselamatan di persekitaran premis polis berkenaan.


Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab memandang remeh terhadap keseriusan polis menjaga keamanan negara sekaligus keselamatan rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori