Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perokok Lebih Berisiko Terkena...

KUALA LUMPUR - Perokok merupakan antara golongan yang berisiko tinggi dan paling mudah...

Kontraktor Mengaku Tak Bersalah,...

KOTA BAHARU - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Institusi Diraja Berhak Kritik...

MARANG - Institusi diraja berhak memberikan pandangan termasuk mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Polis Cari 4 Wanita...

PORT DICKSON - Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel...

Program Tingkat B.Inggeris Pegawai Awam Melaka

MELAKA – Beberapa universiti awam telah tampil menawarkan program intensif meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penjawat awam gred 41 dan ke atas kerajaan negeri Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata program itu dijangka bermula hujung tahun ini dan antara universiti yang tampil ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM).

“Ada yang menawarkan secara percuma demi melihat keberkesanan program mereka terhadap pegawai kerajaan. Pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sedang mengatur dan mengadakan perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu Idris merasmikan Pelancaran Sesi Intervensi Program Lonjakan Bahasa Inggeris UPSR 2016 anjuran bersama Yayasan Melaka, UTeM dan Jabatan Pendidikan Melaka. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin dan Naib Canselor UTeM Datuk Dr Shahrin Sahib.


Ketua menteri berkata program tersebut berbentuk kelas pada hujung minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori