Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Peserta Felo Perdana Perlu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para peserta Felo...

JDT Terima Anugerah Khas...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima Anugerah Khas 100PLUS 2015...

Mayat Lelaki Tidak Berindentiti...

PASIR MAS - Mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tanpa identiti diri...

Ejen Pyongyang Jual Senjata...

MELBOURNE - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai berurusan di pasaran gelap untuk menjual...

PTPTN Siasat Isu Dah Bayar Penuh Disekat Ke Luar Negara

PUTRAJAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung isu peminjam Safura Foo yang disekat ke luar negara walaupun sudah membuat bayaran penuh.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, PTPTN berkata ia masih dalam proses mengenalpasti punca kelewatan kemaskini rekod bayaran Foo.

Sebelum itu media melaporkan bahawa Foo, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.

Namun beliau disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

Dalam pada itu, PTPTN menyarankan agar pelanggan menyemak penyata akaun mereka secara online bagi memastikan bayaran yang dibuat sentiasa dikemaskini.

“Sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemaskini selepas 3 hari bekerja, aduan boleh dibuat secara online melalui ikon Aduan,” kata PTPTN.


Perbadanan itu berkata, ia sentiasa berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dengan membuka cawangan di seluruh negara.

PTPTN juga menyediakan perkhidmatan online melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori