Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tindakan Guan Eng Tak...

TEMERLOH - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyanyikan lagu ABC...

Bekas Pemain Sokong 4...

KUALA LUMPUR - Beberapa bekas pemain negara mahu empat tonggak kelab Johor Darul...

Laman Santai, Kedai Makan...

BAGI mereka yang berada di kawasan Lembah Klang, terdapat sebuah restoran unik yang...

PH Rugikan Negara Jual...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak...

Queen Kecewa Trump Guna Lagu ‘We Are The Champions’

LONDON – Kumpulan Queen berasa kecewa susulan teguran agar calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menggunakan lagu-lagu mereka di dalam kempen tidak diendahkan.

Selain teguran daripada band muzik rock terkenal British itu, syarikat rakaman yang menaungi grup tersebut malah menegaskan, pasukan kempen Trump juga tidak pernah meminta izin untuk menggunakan lagu-lagu Queen.

Sony/ATV, yang mengelola katalog lagu-lagu Queen iaitu ‘We Are the Champions’, pada Selasa menyatakan bahawa pihaknya berulang kali meminta Trump agar tidak mempergunakan lagu-lagu milik Queen untuk tujuan politik.

Bagaimanapun, permintaan syariat itu turut diabaikan dan lagu legenda Queen iaitu ‘We Are the Champions’ terus dikumandangkan banyak kali dalam konvensyen nasional Parti Republikan di Cleveland, Ohio baru-baru ini.

Pada bulan lalu, pemain gitar Queen, Brian May, menerusi laman blognya membantah penggunaan bebas lagu-lagu kumpulan ditubuhkan pada 1970 itu dalam siri kempen Trump sehingga mencemarkan nama band rock tersebut.

“Atas nama Queen, kami berasa kesal kerana lagu-lagu itu terus digunakan meskipun banyak kali minta agar lagu tersebut tidak digunakan. Permintaan kami diabaikan Trump dan pasukan kempennya,” kata jurucakap Sony/ATV.

Queen juga menyampaikan perasaan tidak senangnya apabila penggunaan lagu ‘We Are the Champions’ dalam konvensyen Republikan di Cleveland seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka sebagai penyokong Trump.

“Penggunaan sebarang lagu tanpa izin pada persidangan Republikan itu jelas bertentangan dengan hasrat kami yang berkecuali tidak sokong mana-mana parti politik,” demikian kicauan Queen menerusi akaun rasmi Twitter mereka.

Lagu tersebut difahamkan kerap digunakan untuk mengiringi penampilan singkat Trump di pentas utama tempat konvensyen berlangsung beberapa ketika di samping isterinya, Melania, sebelum beliau memberikan ucapan.


“Queen tidak ingin muzik mereka dikaitkan dengan debat politik apa pun di negara mana pun. Queen tidak ingin ‘We Are the Champions’ dianggap dukungan terhadap Trump dan pandangan politik parti politik,” kata Sony/ATV.

“Kami menaruh keyakinan bahkan berharap agar pihak Trump dan pasukan kempennya akan menghormati permintaan ini untuk sebarang acara mereka pada masa depan,” tambah pernyataan syarikat tersebut di sini.

Bukan sahaja Queen, kumpulan muzik terkenal lain termasuk The Rolling Stones juga terpaksa meminta Trump supaya tidak mempergunakan lagu-lagu mereka sebagai bahan kempen politik demi mengelak salah faham peminat.

Perkara sama turut menimpa penyanyi antarabangsa Adele dan Aerosmith yang meminta agar lagu-lagu popular mereka tidak diputarkan walaupun hanya untuk memberi semangat kepada para penyokong parti berkenaan.

Tidak ketinggalan Neil Young juga dilaporkan keberatan apabila mengetahui lagu popularnya iaitu ‘Rockin’ in the Free World’ pernah digunakan tanpa izinnya sebagai lagu pembuka untuk kempen Trump sepanjang tahun lalu.

Permintaan serupa juga datang daripada Elton John yang tidak ingin lagu-lagu malar hijaunya sewenang-wenang digunakan dalam sebarang kempen politik mana-mana calon presiden AS. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori