Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bubur Lambuk Go Global...

LEBIH tiga dekad Lubnan cuba pulih dari krisis perang saudara. Sejak perang meletus pada...

Ketua Pembangkang DUN Kedah...

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah...

PRK DUN Rantau: Tok...

TIDAK GENTAR... Ketika PKR Negeri Sembilan 'kecoh' konon Rafizi Ramli bakal bertanding dalam...

Five-Year Career Development Plan

End it using something that may add some truth to your own composition....

Ratusan Berarak Ke HQ DAP Desak Nga Biadap Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Lebih 300 anggota Pemuda UMNO dan beberapa badan bukan kerajaan pro-Bumiputera menyertai perarakan secara aman bagi membantah kebiadapan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming.

Mereka kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak ibu pejabat DAP atas kenyataan beliau yang kurang ajar menghina umat Islam di Malaysia dalam sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat DAP Malaysia di Jalan Pudu itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Rafii dan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria.

“Kami mendesak Nga Kor Ming agar memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini,” kata Razlan sambil memberitahu mereka memberi tempoh sehingga habis sambutan Aidilfitri awal bulan depan.

Untuk rekod, akhir Syawal adalah pada 3 Ogos depan. Sementara itu, Zainuri memaklumkan bahawa perhimpunan pada Selasa itu hanya melibatkan sebahagian kecil daripada ratusan ribu anggota Pemuda UMNO Malaysia.

“Penghinaan biadap Nga Kor Ming itu memang telah mengguris hati seluruh umat Islam kerana isu pemberian duit raya merupakan warisan tradisi yang kita masyarakat Melayu amalkan sejak zaman dahulu lagi.

“Jangan hendak membezakan pemberian angpau dalam kalangan kaum Cina dan duit raya orang Melayu, kita tak pernah sentuh tradisi kaum lain… Nga Kor Ming ini sengaja bermain dengan api.

“Kita tidak boleh bertolak ansur, jangan rasa beliau konon kebal daripada segala tindakan undang-undang… kesabaran kita pun masih ada lagi batasnya,” ujar beliau.

Ratusan Berarak Ke HQ DAP Desak Nga Biadap Mohon Maaf

Ratusan Berarak Ke HQ DAP Desak Nga Biadap Mohon Maaf

Ratusan Berarak Ke HQ DAP Desak Nga Biadap Mohon Maaf


Zainuri turut meminta pihak polis supaya cepat bertindak terhadap sesiapa saja yang cuba ‘bermain dengan api’ waima segelintir pemimpin politik pembangkang yang semakin biadap akhir-akhir ini.

Pengerusi DAP Perak itu sebelum ini memuat naik karikatur menghina Aidilfitri itu memaparkan dua orang kanak-kanak yang meminta derma dari seorang lelaki bagi menggantikan amalan pemberian duit raya.

Malah, seorang lagi watak kanak-kanak di dalam karikatur berkenaan digambarkan mahu ‘meminta dedak’ berbanding pemberian duit raya ataupun sumbangan derma pada hari raya puasa.

Bukan itu saja, Kor Ming juga sehari sebelum Aidilfitri turut memuat naik gambar biadap ucapan Aidilfitrinya menerusi akaun Facebook yang berlatarbelakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat.

Gambar ucapan itu dimuat naik pada pukul 11.30 malam raya dengan tulisan: In God We Trust, video Aidilfitri: We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!

Bagaimanapun akaun laman sosial beliau itu kemudiannya didapati ‘hilang’ secara misteri di alam maya dipercayai sudah berjaya dinyahaktif oleh beliau sendiri bagi membuang segala bukti kebiadapan tersebut.

Menurut portal tempatan AgendaDaily, sehingga kini Kor Ming masih lagi enggan memohon maaf terhadap perbuatan kurang ajar beliau itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori