Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

4 Maut Kebocoran Bahan...

LA PORTE, Texas - Pegawai DuPont berkata, empat pekerja terbunuh berikutan kebocoran bahan...

PDRM Tahan 17 Orang...

KUALA LUMPUR - Tujuh belas orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di Kuala...

UPSR Bocor: Tiada Kompromi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dan...

Kawasan SAR Kelasi USS...

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

Reaksi Isu Visa Khas Asia Barat: Jangan Krik-krik La!

INGAT lagi pasca 11 September 2001?

Kejadian dua pesawat komersil merempuh menara Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) New York mencetuskan sensasi Islamophobia di Amerika Syarikat (AS)!

Malah, sekutu White House di seluruh dunia cepat meniru sikap prejudis terhadap umat Islam. Semua perlakuan tidak bertamadun terutama layanan terhadap visa pelawat dan prosedur entri di lapangan terbang, diperdebatkan.

Imigresen AS bukan saja fobia dengan pelancong Islam, malah warga Islam AS turut dilayan penuh prejudis di setiap hub keselamatan.

Reaksi Isu Visa Khas Asia Barat: Jangan Krik-krik La!

Ini momen penting tetapi tragik. Malaysia antara negara Islam yang turut kehilangan keistimewaan hubungan dua hala membabitkan visa pelancong.

Malah, selepas 15 tahun, AS tetap traumatik terhadap umat Islam yang keluar masuk ke negara itu.

Mengapa isu reaksi prejudis AS dibangkitkan?

Jawapannya mudah: Kita juga sedang menuju ke perlakuan jelik tersebut!

Selepas kejadian serangan bom di Median IOI Puchong – timbul cadangan visa pelancong Asia Barat akan diperketatkan. Isu bom di Puchong mencipta sensasi kerana dikaitkan dengan siri serangan ganas Daesh di Kelab Gay, Orlando AS pada 12 Jun dan Lapangan Terbang Ataturk di Ankara, Turki pada 28 Jun.

Apa lagi, siri serangan Daesh diteruskan dengan serangan kafe ekspatriat di Dhaka, Bangladesh pada 1 Julai serta trilogi pengeboman di Qatif, Jeddah dan Madinah Arab Saudi pada 4 Julai.

Walaupun serangan di IOI Puchong disahkan polis sebagai angkara pengganas Daesh, tetapi pelaku dan saspek yang ditahan serta diburu, semuanya rakyat tempatan.

Reaksi Isu Visa Khas Asia Barat: Jangan Krik-krik La!
Kejadian serangan bom di Median IOI Puchong.

Jadi, apa relevan dan logik dengan reaksi anti pelancong Asia Barat?

Ini reaksi melulu. Satu bukti reaksi traumatik yang melangkaui batas logik untuk dilaksanakan.

Apa relevan visa pelancong Asia Barat akan diperketatkan? Mengapa perlu visa khas pula?

Reaksi Isu Visa Khas Asia Barat: Jangan Krik-krik La!

Inilah kita kata: Pengaruh traumatik AS selepas kejadian 11 September kini menular ke Malaysia. Walaupun menjadi antara negara yang rakyatnya dimangsakan sistem imigresen pasca 11 September, kita sekarang menjadi konco AS pula. Muncul dengan idea panik melaksanakan Visa Khas atau syarat lebih ketat terhadap pelancong Asia Barat.


Apakah kita beranggapan Daesh akan muncul di hub pintu masuk negara dengan menyarung wajah dan personaliti warga Asia Barat?

Ini sangat skeptis dan prejudis. Malah, traumatik dan nyata ada unsur anti Asia Barat! Ini fobia melampau! Hingga menjadi Arabophobia.

Fobia siri serangan Daesh yang menggegarkan dunia sejak sebulan lalu.

Janganlah melatah dan cuba berlagak tegas dalam soal keselamatan negata, hingga meniru perangai buruk AS. Ingat! Tahun 2002, hampir 200 pelajar kita yang memiliki Visa Pelajar dilayan seperti pengganas ketika tiba.

Cukuplah dunia Islam memprotes sikap AS yang melayan pelancong Islam dengan soal-siasat berjam-jam. Malah, ada yang dibogelkan Imigresen AS atas alasan keselamatan!

Perangai buruk AS jangan diteladani. Warga Asia Barat tidak wajar dihukum hanya kerana kita trauma dengan kes IOI Puchong. Isu keselamatan tidak boleh ditangani dengan idea krik-krik ahli politik atau pegawai kerajaan yang bombastik serta suka bersensasi.

Betulkan dahulu pasukan keselamatan yang bertugas di pintu masuk negara. Kita kuatkan sistem pemantauan maklumat yang sudah menelan belanja puluhan juta ringgit bagi tujuan keselamatan.

Ingat! Keselamatan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) pernah dijual!

Reaksi Isu Visa Khas Asia Barat: Jangan Krik-krik La!
Sistem myIMMs

Ini skandal keselamatan yang lebih utama untuk dibetulkan.

Keselamatan negara pernah dijual semurah RM40 ribu!

Malah, pada Februari dan Mei lalu, empat pegawai imigresen tempatan ditahan kerana sindiket pemalsuan pasport untuk pendatang China dan skandal menyeludup warga Sri Lanka ke Switzerland.

Betulkan penguatkuasa keselamatan! Berbanding tindakan menghina pelancong Asia Barat yang sekarang sedang menyumbang pada pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ingat! Jangan krik-krik. Rakyat dah bosan dengan ahli politik dan pegawai atasan kerajaan yang sentiasa bombastik dan krik-krik akalnya! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori