Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RON95, 97 Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Polis Beragama Islam Antara...

PIHAK polis Perancis mengesahkan salah seorang anggota mereka yang terkorban dalam serangan tembakan...

2,232 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 terus mencatatkan empat angka apabila 2,232...

Mesyuarat Kedua Parlimen: Bajet...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang akan memulakan persidangan...

Resepi Daun Ketum Celup Tepung Pula Diperkenal

ALOR SETAR – Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara ini dikesan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.

“Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek,” kata Pengarahnya, Mohammed Nazer Mustafa kepada Bernama.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

“Kita khuatir produk baharu ini akan menjadi ‘test market’ sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak,” katanya.

Pada masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

“Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan.


“Jadi antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan,” jelasnya.

Mohammed Nazer berkata kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang a di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori