Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Permudah Syarat Bawa Masuk...

PADANG BESAR – Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta kerajaan memberi kelonggaran...

Muhammad Afi Arsyad Dapat...

ALHAMDULILLAH...kisah atlet cilik BMX Freestyle Malaysia memerlukan dana untuk menyertai pertandingan BMX di...

BN Sabah Tanding 11...

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing bertanding...

Minggu Lepas Kena Marah,...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini...

Ribuan Ular Berbisa ‘Askar’ Korea Selatan Serang Utara

PYONGYANG – Pasukan peronda sempadan Korea Utara sibuk ‘bertempur’ musuh terbaharu mereka iaitu menangkap ular berbisa dipercayai sengaja dilepaskan oleh perisikan Korea Selatan.

Pihak pemerintah Korea Utara dilaporkan menyatakan bahawa angkatan bersenjatanya mengesyaki perkhidmatan rahsia Korea Selatan sebagai mendalangi peningkatan secara mendadak populasi reptilia di wilayah Ryanggang.

“Sejak awal bulan ini, peronda sempadan diperintahkan untuk menangkap ribuan ular berkenaan sebelum haiwan berbisa itu berjaya tiba di tebing sungai Amnok,” ujar seorang sumber di wilayah berkenaan kepada Daily NK.

Askar Korea Utara turut dikerahkan untuk menangkap ular-ular tersebut sebelum reptilia itu membuat sarang dan bertelur. Sumber itu mengatakan perintah tersebut membuatkan banyak anggota tentera menggerutu kulit.

Ribuan Ular Berbisa 'Askar' Korea Selatan Serang Korea Utara

“Mereka menyatakan, budak sekecil tiga tahun pun tidak akan percaya jika Korea Selatan sanggup ‘menyerang’ dengan melepaskan ribuan ular dan bukan menerusi propaganda secara media maya,” ujar sumber tersebut lagi.


Namun ada menyifatkan laporan itu cuba menakutkan rakyat kerana wilayah terpencil Ryanggang seluas 14,317 kilometer persegi dengan penduduk hanya 720,00 orang itu menjadi pilihan terbaik untuk melarikan diri ke China.

Sementara itu, Kementerian Keselamatan Rakyat Korea Utara dilapor menasihati penduduk di kawasan sempadan berwaspada terhadap ancaman ular setelah tersebar khabar angin beberapa orang maut akibat gigitan reptilia itu.

Sumber berkenaan memberitahu Daily NK, pihak pemerintah juga sebelum itu pernah menyatakan ribuan serangga disebar ke ladang-ladang jagung yang disyaki didalangi perisikan Amerika Syarikat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori