Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Korea Utara Tiada Harapan...

WASHINGTON - Korea Utara tidak akan dapat mengalahkan Korea Selatan dan dan negara...

Koronavirus: China Sahkan Sudah...

WUHAN - Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 80 mangsa...

APMM Tahan Kapal Dagang...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah kapal...

J/kuasa Kerja Akan Dibentuk...

PADANG TERAP - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membentuk...

Kerajaan Pahang Sumbang RM42,600 Kepada Mangsa Ribut

TEMERLOH – Kerajaan negeri Pahang dan UMNO Bahagian Temerloh hari ini memberikan bantuan segera berjumlah RM42,600 kepada pemilik 132 rumah yang rosak akibat dilanda ribut kuat di sini petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata daripada peruntukan itu, RM300 diberikan kepada pemilik 117 rumah rosak biasa manakala RM500 untuk pemilik 15 rumah yang mengalami kerosakan teruk.

“Ini hanya bantuan segera. Selepas ini akan ada bantuan lain lagi menyusul untuk pemilik rumah yang rosak ini seperti daripada Tabung Bencana JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan Muip (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang),” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa rumah yang rosak itu di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut yang berlaku lebih kurang 5.45 petang itu di empat taman perumahan dan lapan kampung di sini telah mengakibatkan kerugian dianggarkan lebih RM700,000.

Kawasan yang dilanda ribut itu adalah di Kampung Tualang, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik, Kampung Batu Satu, Kampung Haji Ali, Kampung Paya Dalam, Kampung Lompat, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, Taman Chengal dan Taman Bahagia.

Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata kelulusan bantuan segera itu sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap kesusahan penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut itu sekali gus sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang masih meraikan sambutan Aidilfitri.


Beliau berkata JKM turut menyumbang barangan kelengkapan diri seperti tuala mandi, selimut, ubat dan berus gigi serta barangan makanan kepada mangsa ribut itu.

Katanya agensi berkaitan seperti JKM daerah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan bomba masih berterusan mengenal pasti kediaman lain yang rosak bagi membolehkan sumbangan dapat disalurkan kepada mangsa terlibat.

Mohd Sharkar berkata pemilik kediaman yang rosak dinasihatkan membuat laporan polis untuk mengesahkan kerosakan yang berlaku akibat ribut kuat itu bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan kepada mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori