PENYANYI Rihanna dilaporkan kembali bercinta dengan rapper Drake, menurut sumber yang rapat dengan penyanyi lelaki tersebut.
Sumber itu mendedahkan bahawa Drake sebelum ini sememangnya masih angau dengan Rihanna walaupun dikaitkan bercinta dengan model Hailey Baldwin.
“Hailey merupakan kawan sahaja, sebab Drake masih berharap dengan Rihanna. Mereka masih bercinta,” kata sumber itu kepada People.
Rihanna, 28, dan Drake dipercayai sudah lama menyorokkan kisah intim mereka daripada pengetahuan media dan peminat sejak mula rapat kembali beberapa bulan lalu.
“Mereka tidak mahu dedahkan hubungan kepada umum kerana Drake dan Rihanna mahu hubungan cinta mereka jadi satu benda tertutup dan privasi hanya untuk kedua-duanya sahaja,” kata sumber itu lagi.
Setakat ini jurucakap kedua-dua selebriti itu belum tampil memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut.
Rihanna dan Drake, 30, sebelum ini pernah berpacaran pada 2014 namun berpisah beberapa bulan selepas itu. – MYNEWSHUB.CC