Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Personaliti TV, Ishak...

PETALING JAYA – Jenazah bekas personaliti TV, Ishak Nengah selamat dikebumikan di Tanah...

Remaja Nyaris Putus Kepala...

SEORANG remaja lelaki nyaris putus kepala apabila motosikal Honda Ex5 yang ditunggangnya merempuh kabel...

SPRM Temukan Wang Tunai...

IPOH - Wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas ditemukan dalam kotak...

Ras Adiba Berang Selepas...

BEKAS pembaca berita di stesyen TV3 yang kini bertugas di NTV7, Ras Adiba...

Risau Abang Ada Masalah Mental, Hilang Sejak 29 Jun

SEORANG adik yang resah kehilangan abang kandung sudah hampir tiga minggu, merayu netizen agar membantunya. Wan Nur Farahiyani menerusi Facebook memaklumkan, abang sulungnya tidak pulang ke rumah selepas keluar sekitar jam 11 pagi, 29 Jun lalu.

Apa yang membuatkan dia dan keluarga risau adalah Wan Mohd Amzari Wan Nasaruddin, 33, mempunyai masalah mental.

Risau Abang Ada Masalah Mental, Hilang Sejak 29 Jun
Kehilangan Wan Mohd Amzari Bin Wan Nasaruddin sejak 29 Jun lalu meresahkan keluarganya.

Sudah menjadi kebiasaan abangnya itu keluar dari rumah pada sebelah pagi namun dia pasti pulang semula ke rumah namun kali ini, bayangnya tak lagi kelihatan sampai sekarang.

Hal ini membuatkan sambutan Hari Raya keluarga Wan Nur Farahiyani seakan tiada makna pada tahun ini apatah lagi ibunya sering murung.

Satu laporan polis sudahpun dibuat mengenai kehilangan abangnya pada hari raya ketiga namun hingga kini belum ada sebarang maklumat lanjut diterima.

Justeru, Wan Nur Farahiyani memohon jasa baik mereka yang mempunyai maklumat supaya menghantar abangnya itu pulang ke rumah mereka kerana dia perlu meneruskan rawatan psikiatri di Hospital HRPZ II Kota Bharu.


Risau Abang Ada Masalah Mental, Hilang Sejak 29 Jun

Ketika hilang Amzari memakai kemeja corak petak berwarna biru, seluar slack hitam dan berselipar.

Mereka yang dapat membantu diminta menghubungi 013-9564578 (Farah), 012-9888721 (Jamilah) atau 013-9073203 (Puan Zamnah). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori