Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lima Ketua Cabang Bantah...

MELAKA - Lima ketua cabang PKR Melaka membantah sekiranya diadakan pemilihan semula parti...

3 Kali Gugur, Jue...

PELAKON Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Aziz berdepan detik hitam dalam hidupnya...

Meghan Terpaksa Tangguh Hamil

SEJAK bergelar suami isteri tiga bulan lalu, Meghan Markle dan Putara Harry memberi...

Penjenayah Hidup Bebas Menipu...

DI Malaysia, jika bijak - penipu boleh hidup mewah dan bermaharajalela sesuka hati....

Rombakan: Jokowi Lantik Bos Bank Dunia Jadi Menteri

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo membuat kejutan apabila melantik pengarah urusan dan ketua pegawai operasi Bank Dunia, Sri Mulyani Indrawati sebagai menteri kewangan baharu.

Beliau yang mesra disebut sebagai Jokowi mengumumkan pelantikan tersebut ketika melakukan rombakan Kabinet dengan bermatlamat untuk meningkatkan lagi keberkesanan pasukan pimpinan beliau mengurus republik itu.

Turut disenarai dalam rombakan itu yang diumumkan hari ini ialah mantan panglima Tentera Nasional Indonesia, Wiranto menggantikan Luhut Pandjaitan sebagai Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan.

Luhut pula dipindahkan sebagai Menteri Kemaritiman dan Sumber Daya. Pemerhati politik melihat ia mungkin ada kaitan dengan ketegangan tuntutan pelbagai negara di Laut China Selatan selain isu pencerobohan nelayan asing.

Jokowi juga merombak penyandang jawatan ‘kerusi panas’ menteri perdagangan, tenaga dan perindustrian selain porfolio pendidikan dan kebudayaan serta desa, pembangunan daerah tertinggal dan transmigrasi.

jokowi

Sri Mulyani, 53; pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan di bawah pimpinan bekas presiden sebelum itu, Susilo Bambang Yudhoyono dari 2005 hingga 2010 sebelum tempatnya digantikan oleh Bambang Brodjonegoro.


Muslimah berasal dari Tanjungkarang, Wilayah Lampung di Sumatera itu kemudian berpindah ke Bank Dunia pada 2010 mengambil alih jawatan daripada Juan Jose Daboub, bekas menteri kewangan El Salvador yang tamat tempoh.

Bambang namun dipindahkan menjadi Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional. Paling mengejutkan apabila Menteri Perhubungan, Ignasius Jonan yang agak kontroversi digugurkan dan digantikan oleh Budi Karya Sumadi.

Jokowi yang menjadi presiden menggantikan Susilo pada 20 Oktober 2014 mula melakukan rombakan kali pertama pada 12 Ogos 2015 sekali gus memansuhkan Kabinet Kerja yang diwujudkan beliau pada 27 Oktober 2014.

Kabinet baharu itu mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara lewat hari ini dan ia turut membariskan sekurang-kurangnya seorang anggota daripada Golkar, parti kedua terbesar di Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori