Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK PD: Bersih Dakwa...

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam...

Obama Tipu Seluruh Dunia...

Seorang wartawan yang pernah merangkul anugerah Pulitzer, Seymour Hersh mendakwa pentadbiran Barrack Obama...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

JERTIH – Mayat seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an ditemui terapung di Sungai...

1,059 Pelajar Terjejas Banjir...

BALING: Seramai 1,059 pelajar dari 17 buah sekolah rendah serta 10 buah sekolah...

Ruhainies Kekal ‘Hubungan’ Dengan Datuk Red

BAHARU sahaja hendak bertapak di dalam industri tanah air, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pelakon genit, Ruhainies gara-gara kontroversi yang melanda dirinya.

Bukan sahaja dilabel sebagai ‘perosak’ rumah tangga, malah dia juga dituduh seorang playgirl.

Meskipun banyak gosip yang menghimpit dirinya, menurut Ruhainies kepada BH Online, dia tetap akan bersikap profesional dalam urusan melibatkan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.

Kontroversi video mesra dia dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sama sekali tidak akan menjejaskan ‘hubungannya’ dengan individu terbabit.

Ruhainies Kekal 'Hubungan' Dengan Datuk Red

“Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang.

“Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham,” ujarnya.

Jelas anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini, dia tidak mahu membuka pekung di dada mana-mana pihak. Cukuplah bagi dirinya dan kenalan rapat sahaja yang mengetahui perkara sebenar.


Ibu, Teman Rapat Dan 'Pengawal Peribadi' Saya - Ruhainies
Ruhainies bersama ibunya.

“Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi.

“Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami,” katanya.

Walaupun sering dilanda kontroversi, gadis berusia 24 tahun ini tidak cepat melatah.

Malah telah ‘mengupah’ ibu kandungnya sendiri sebagai pengawal peribadi untuk menemaninya dalam setiap urusan melibatkan kerjaya seninya. – MNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori