Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Bermasalah, Rita Rudaini...

PELAKON Rita Rudaini, 40, mengalami kerugian hampir RM150,000 kerana kerosakan di restoran miliknya,...

Trend Pasang ‘Dashcam’ Satu...

KUALA LUMPUR - Trend pemasangan kamera 'dashboard' atau 'dashcam' dalam kenderaan oleh pemilik...

Pelajar Tingkatan Empat Maut...

SEORANG pelajar berusia 16 tahun, Mohamad Nur Abrar Akram maut selepas ditendang pelajar...

Amfetamin, Bahaya Dan Natijah...

KEMALANGAN maut yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang memandu dalam keadaan jalan...

Rundingan MAHB Dan AirAsia Perlu Disegerakan

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia Berhad (AirAsia) menyelesaikan segera isu pemasangan pagar di sekeliling bangunan ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).

Beliau berkata kedua-dua pihak perlu mengadakan rundingan secara baik.

“Saya merasakan permasalahan ini mungkin ada kaitan dengan ‘perjanjian sewaan” di antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan secepat mungkin kerana kita maklum bahawa AirAsia mempunyai ibu pejabatnya di klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) namun masih belum siap kerana berlaku kelewatan.

“Tetapi tempoh ‘perjanjian sewaan’ itu telahpun tamat, oleh itu mereka (AirAsia) perlu menyambung perjanjian sewaan bersama MAHB,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Book of Records dalam versi bahasa Mandarin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata rundingan yang akan diadakan oleh kedua-dua pihak dalam masa terdekat ini akan turut membincangkan perkara lain termasuk kerja mempromosi klia2 sebagai pusat penerbangan kos rendah di Asia.


Dilaporkan tindakan MAHB memasang pagar di sekeliling ibu pejabat AirAsia di LCCT bagi pelaksanaan projek Aeropolis telah menimbulkan kesukaran kepada kakitangan AirAsia untuk keluar masuk di laluan itu, selain urusan penghantaran barang-barang.

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar mengakui MAHB ada memberi notis penutupan laluan bagi pelaksanaan projek tersebut namun pihaknya tidak diberitahu bahawa penutupan itu akan menyekat keseluruhan laluan dari LCCT ke ibu pejabat AirAsia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori