Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kopi Campur Dadah Belum...

KLANG - Polis percaya kopi pracampuran berperisa durian didakwa dicampur dengan dadah yang...

Penganggur Tetak Warga Asing...

GEORGE TOWN - Seorang penganggur dilapor menetak seorang pekerja kontrak Bangladesh dipercayai akibat...

‘Cikgu Sporting Raya’ Memang...

PELBAGAI cara terkini dilakukan orang ramai dalam menghasilkan ucapan sempena Aidilfitri yang bakal...

Penurunan Poster Unsur LGBT...

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh menegaskan...

Saiz Ayam Kecil Punca Harga Naik Di Pahang

KUANTAN – Saiz ayam yang kecil dipercayai menjadi punca pemborong ayam di Pahang menaikkan harga antara 20 dan 30 sen sebelum dijual pada harga sekitar RM8.50 ke RM10 sekilogram di pasar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, Sharuddin Jali berkata pemborong mendakwa pembekal menetapkan harga bermula RM8.50 untuk satu kg bagi ayam yang beratnya hanya sedikit melebihi sekilogram.

“Pemborong mendakwa kos proses membersihkan ayam seperti mencabut bulu dan mengeluarkan organ dalaman meningkat apabila saiz ayam kecil dan ia perlu diambil kira dalam harga.

“Di Pahang, kita dapati tiada masalah berkaitan kuantiti atau bekalan ayam, sebaliknya apa yang berlaku ialah kualiti ayam,” katanya selepas menyertai pemeriksaan KPDNKK di premis pemborong ayam Syarikat Niaga Maju Trading di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya telah memeriksa enam premis pemborong di sekitar Kuantan dan 30 premis perniagaan di sekitar Pahang bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga ayam.

KPDNKK turut menerima enam aduan daripada pengguna berhubung isu ayam yang didakwa dijual pada harga RM10 hingga RM13 sekilogram di Pasar Besar Kuantan dan pasar sekitar Balok di sini, katanya.

Sharuddin juga menolak kemungkinan harga ayam di negeri ini meningkat ekoran wabak bronkitis berjangkit (IB) kerana setakat ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri masih belum mengesahkan kewujudan wabak itu di negeri ini.


Bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemborong, Sharuddin berkata KPDNKK telah mengeluarkan notis meminta penjelasan mereka mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Mereka perlu memberi penjelasan dalam tempoh tujuh hari dan ia akan membantu KPDNKK dalam membuat siasatan lebih lanjut mengenai kenaikan harga ayam.

“Jika benar kenaikan berlaku di peringkat penternak, maka kita akan meminta penjelasan mereka pula,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori